Bangunkan sekolah agama secara bersama

KEMAMAN 24 Julai – Kerajaan negeri mempelawa orang ramai yang memiliki tanah dengan keluasan dan lokasi bersesuaian di setiap daerah untuk bekerjasama bagi membina lebih banyak sekolah menengah agama.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, dengan penglibatan masyarakat setempat, lebih banyak sekolah menengah agama dapat dibangunkan dalam tempoh lebih singkat bagi memenuhi permintaan tinggi dalam kalangan pelajar dan ibu bapa.

Menurut beliau, rakyat termasuk melalui badan-badan tertentu hanya perlu menawarkan tanah mereka untuk dijadikan tapak sekolah.

“Kita memang mahu perbanyakkan sekolah (menengah) agama, tapi disebabkan kemampuan dari segi kewangan terhad ekoran projek pembinaan sekolah ini memerlukan kos tinggi, jadi kerajaan negeri mengajak rakyat mempunyai tanah untuk sama-sama telibat.

“Permohonan ke sekolah (menengah) agama agak tinggi dan saya difahamkan mereka yang diterima masuk sekurang-kurangnya perlu mendapat 3A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, jadi yang dapat 2A dan 1A ke mana mereka nak pergi sedangkan mereka cenderung kepada aliran agama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa Peringkat Daerah Kemaman di Padang Awam Binjai, dekat sini kelmarin.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Ir. Rosli Othman; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar; Pegawai Daerah, Datuk Mustafar Khalid; bekas ADUN Air Putih, Datuk Harun Hassan dan bekas ADUN Cukai, Datuk Mohamad Awang Tera.

Tambah Ahmad Razif, sekolah menengah agama itu akan diuruskan secara bersama oleh kerajaan negeri dan Kementerian Pelajaran.

Katanya, usaha pembinaan sekolah itu bersama rakyat juga seiring dengan hasrat pihak kementerian yang menggalakkan pendaftaran sekolah-sekolah agama.

“Insya-Allah perkara ini kita akan pastikan dapat dilaksanakan, bagaimanapun kerajaan negeri telah bersetuju untuk membina sebuah sekolah (menengah) agama di Air Putih dan selepas itu kita akan buat beberapa buah sekolah agama lagi (dari peruntukan kerajaan),” katanya.

Sekolah menengah agama di Air Putih itu ketika ini sedang rancak dibina di Bandar Cheneh Baru dan projek berkenaan menelan belanja RM60 juta.
© Utusan Melayu (M) Bhd

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Islam, Pendidikan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s