Majlis Perundingan turut disertai pembangkang

KUALA TERENGGANU 4 Ogos – Majlis Perundingan Daerah yang akan diwujudkan oleh kerajaan negeri bakal turut dianggotai oleh wakil rakyat pembangkang bagi tujuan menyumbang ke arah kemajuan dan peningkatan tahap kesejahteraan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, mereka akan diajak untuk bersama-sama memainkan peranan yang diharapkan oleh rakyat.

“Insya-Allah, majlis ini akan turut menggabungkan wakil rakyat Barisan Nasional, pemimpin Pas dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersama dengan kerajaan negeri dan bakal dipengerusikan oleh pegawai daerah.

“Mereka akan duduk dalam jawatankuasa tersebut dan berbincang tentang aspek pembangunan yang diperlukan dalam daerah masing-masing dengan fokus bagi memenuhi aspirasi rakyat.

“Antara nama pemimpin Pas yang bakal menyertainya bergantung kepada daerah dan mungkin Ahli Parlimen turut serta. Mereka akan bincang termasuk soal isu-isu rakyat,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Katanya, majlis berkenaan yang dijangka dibentuk tidak lama lagi tersebut akan turut berusaha menyelesaikan pelbagai masalah yang sudah lama berbangkit dan mungkin dilupakan jika gagal diketengahkan.

“Melalui Majlis Perundingan ini memudahkan usaha menyusun bajet negeri dan melaksanakan pembangunan berasaskan kepada aspirasi rakyat,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd Khairu­din Aman Razali mengalu-alukan langkah itu yang dianggap sebagai suatu pendekatan politik damai yang pastinya lebih menguntungkan rakyat.

“Kita mungkin berbeza parti, dasar dan pendekatan tetapi dalam perkara yang boleh bekerjasama, kita wajib bekerjasama.

“Kalau itu yang disebut Menteri Besar, kita amat alu-alukan untuk duduk bersama membincangkan perkara maslahat rakyat, pembangunan rakyat.

“Kita (wakil rakyat) adalah pilihan rakyat, maka atas nama politik damai, politik bakti, saya rasa itulah yang cuba kita lakukan sekarang,” ujarnya ketika diminta mengulas langkah kerajaan negeri itu.
© Utusan Melayu (M) Bhd

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Kerajaan & Pentadbiran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s