Fosil dinosaur berusia ratusan juta tahun ditemui di Terengganu

MENTERI Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman bertanya sesuatu

MENTERI Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman bertanya sesuatu mengenai fosil tulang dan gigi dinosaur yang dijumpai kepada Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Datuk Yunus Abdul Razak (kiri) di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. – fotoBERNAMA

KUALA TERENGGANU 16 Nov. – Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman hari ini mengumumkan penemuan fosil dinosaur berusia Jura-Kapur di sekitar Gunung Gagau di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Katanya, penemuan itu diperoleh hasil ekspedisi Gagau-Menjejak Dinosaur 2014 selama 10 hari bermula 13 Oktober lepas yang dilaksanakan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan Kumpulan Warisan Geologi Malaysia (KWGM).

Ekspedisi itu disertai tujuh penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Malaysia Kelantan, dua kakitangan pegawai Jabatan Perhilitan Negeri Terengganu serta 10 pegawai Geosains, katanya.

Ahmad Razif berkata, ekspedisi itu menemui dua fosil gigi, beberapa kesan tapak kaki dari enam kawasan dan empat tulang dinosaur dari kumpulan Theropod serta Sauropod dan dinosaur spesies Iguanodon di Sungai Chichir, Gunung Gagau.”Gunung Gagau terletak di sempadan Terengganu-Kelantan-Pahang yang mana ekspedisi berkenaan turut menemui fosil tumbuhan, kayu terpetri dan singkapan batu arang di Sungai Pertang.

“Alhamdulillah, dengan penemuan ini saya yakin ia akan memberi kekuatan dan tambah nilai ke arah merealisasikan hasrat untuk menjadikan Geopark Tasik Kenyir sebagai Geopark Kebangsaan dan diiktiraf sebagai Geopark Global Unesco,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Iman di sini hari ini. – BERNAMA –

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Alam sekitar & konservasi, Warisan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s