Objek terbang

JERTIH (Harian Metro): Kejadian aneh menimpa Siti Balqis Mohd Noor, 22, yang didakwa ghaib setiap kali senja dan tengah malam turut dirasai ahli keluarga dan jirannya ketika mengawal gadis itu untuk mengelaknya hilang, malam kelmarin.

Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 10.30 malam apabila keluarga dan jiran yang berada di rumah gadis itu di Kampung Gong Nangka, dekat sini, terkejut berikutan terdengar bunyi kuat seperti benda jatuh di dalam bilik rumah itu.

Kejadian berlaku sejurus seorang bomoh selesai mengadakan sesi rawatan secara Islam terhadap Siti Balqis dan bunyi benda jatuh itu menyebabkan beberapa ahli keluarga gadis berkenaan memeriksa bilik terbabit tetapi tidak menemui apa-apa yang meragukan.

Kejadian kedua kira-kira jam 2 pagi lebih mengejutkan apabila mereka yang berada di rumah itu termasuk wartawan dan jurugambar Harian Metro melihat objek besi berukuran 12 sentimeter tiba-tiba melayang dan jatuh di penjuru ruang tamu rumah.

Bagaimanapun, objek itu tidak menimpa sesiapa walaupun jatuh di sisi sekumpulan wanita yang sedang berbincang mengenai kelakuan gadis terbabit. Adik Siti Balqis kemudian mengambil besi itu dan mencampaknya ke halaman rumah.

Selain itu, jurugambar Harian Metro, Aswadi Alias juga mendakwa terlihat objek berbalut kain putih melayang sebelum jatuh berhampiran kumpulan wanita berkenaan.

Kejadian itu menyebabkan mereka yang berada di rumah itu terdiam seketika.
“Jangan bimbang dan takut dengan bunyi yang berlaku serta jelmaan benda lain di rumah ini kerana ia perkara biasa sejak kejadian misteri menimpa anak saya,” kata ibu gadis itu, Norizan Said, 47, bagi menenangkan tetamu yang ada di rumahnya.

Kelmarin, Harian Metro melaporkan Siti Balqis ghaib secara misteri hampir setiap kali senja dan lewat malam sejak dua bulan lalu. “Ada kalanya dia ditemui di atas pokok, siling di rumahnya, mesin pembancuh simen dan juga di tanah perkuburan Islam Kampung Bukit Kenak kira-kira lima kilometer dari rumahnya.

Sementara itu, Norizan kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan ke atasnya dan keluarga.

Katanya, seorang lelaki mendakwa bomoh menemuinya tengah hari kelmarin dan menawarkan mengubati anaknya.

Katanya, lelaki berusia 50-an itu mendakwa dari Kota Bharu, Kelantan dan mahu memulihkan anaknya yang didakwa diawasi jin.

Bagaimanapun, katanya, lelaki itu meletakkan kos rawatan RM5,000 dan menjamin Siti Balqis akan pulih segera.

Katanya, lelaki itu juga mengenakan syarat supaya memberinya RM2,000 sebagai pendahuluan

************

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Objek terbang

  1. che mat jahil says:

    bomoh hanya berjaya menagkap 9 jin. lagi hebat ustaz ustaz hafiz.dari pengamal perubatan islam.yayasan islam terengganu.berjaya menangkap 12 jin.ada lebih lagi hebat dari mereka.USTAZ SHARHAN DARI RAWATAN ISLAM SINAR ZAMDURANI.hanya dia saja yang berjaya.dengan rawatan islam nya.memulih. memagar rumah.SITI BALQIS PELAKU SANDIWARA TERBAIK.USTAZ USTAZ HAFIZ.HANYA PELAKUN BEMBANTU TERBAIK.sangup memperalat kan.rawatan mereka kunun nya berdasar kan alquran dan hadis.Setahu saya belum pernah dengar.dalam alquran atau hadis.menyuruh kita menangkap jin.menyiksa. memukul.memicit jari kaki.kunun jin yang sakit.sabenar nya orang yang sakit. yang bolih ditangkap?jin bertopeng kan manusia bolih lah?itu pun susah nak tangkap?.contoh nya serperti.ustaz ustaz saperti tersebut diatas.siapa berani comen.kesilapan mereka.menyleweng dari landasan islam yang sebenar. sangup menyalah guna.kebijaksanaan mereka dalam bidang agama.memperalat untuk kepentingan diri.saya mengaku saya jahil kerana tidak mahu bersubahat.kerana allah.maka saya berani menengur kesilapan mereka.jika apa yang saya tulis tidak betul.tolong betul kan.saya sanggup berjumpa mereka untuk mohon keampunan dari mereka.jika ternyata saya yang bersalah.jika anda tidak betul.betul kan lah kembali.jika saya yang tidak betul. tolong lah betul kan.saya bersedia terima kutukan dari anda jika saya bersalah…..terima kasih.

  2. che mat jahil says:

    sudah tentu JIN IBLIS SYAITAN.amat sayang pada orang yang cerdik pandai dalam bidang agama.tetapi menyalah guna ilmu yang ada padan nya .untuk kepentingan diri.cari puplisiti murahan.menunjuk nunjuk.yang dia lebih hebat.lebih bijak .lebih betul lebih sempurna. dari orang lain……..
    jika ternyata dia ada buat kesalahan kesilapan.dia tidak mengaku.dia tetap terus menegak benang basah………
    sudah tentu ALLAH lebih sayang pada orang yang kurang arif dalam didang agama.
    tetapi sangat takut pada ALLAH selalu dia mengingat kan diri nya.yang dia banyak buat dosa dengan ALLAH.DAN JUGA HAMBA ALLH.jika sedar dia ada melaku kesilapan.dia mengaku.mohon keampunan.kemaafan dari allah.juga dari hamba allah yang dia ada melaku kesilapan.merasa diri kerdil serba kekurangan…………
    BERUNTUNG LAH KITA JIKA KITA. BIBENCI OLIH JIN IBLIS DAN SYAITAN…..
    TERSANGAT RUGI LAH KITA.JIKA KITA DIBENCI OLIH ALLAH……………………..
    saya mengaku saya cetek dalam bidang agama.jika ada apa apa kesilapan tulisan saya saperti tersebut diatas.harap siapa saja tolong lah betul kan.kerana allah sila lah beri tunjuk ajar pada saya.saya sangat berterma kasih.jika ada yang sudi menegur kesilapan saya.
    saya mohon ampun maaf kapada sesiapa juga yang tersinggung dengan tulisan saya.

  3. che mat jahil says:

    sy yg jahil cetek agama brhrp sngt pd ust ust hafiz atau ulamak yg bijak sana dalam bdg prbtn islam.berdasar kan al-quran & hadis.betul atau x pendapat sy. x ada dalam al-quran & hadis menyuruh kita menyeksa menangkap jin dimasukn kdlm botol. betul kah cara rwatan islam ust.hampir semua pskt jari kaki mereka dipicit.bila mnjrt kesakitan lagi kuat dipicit kunun nya jin yg sakit…
    jk bagitu cara nya siapa pun bolih buat.walau pun mereka bukan pengamal brbtn islam.sy berani kata pesakit yg berpuluh ust hafiz mrwt x jg smbh sembuh.meraka sebenar nya bersandiwara menipu diri sendiri.
    jk isteri untuk mendapat perhahian dari suami agar suami. sentiasa disamping nya .kerana ust megesh kan isteri nya terkena sihir.banyak jin bersarang dlm badan..
    jk anak agar medapat perhatian ibu bapa.
    malas belajar degil .apa sj kehendak nya jk x diikut dia pun bersandiwara. histiria…maka ust juga menipu diri sendiri.sangkaan rawatan ust berdasar kan al-quran & hadis yg sabenar nya ust mmpralat.
    x terfikir kah kita. jk betul ustz hafiz merawat berdasar kan al-quran & sunah.bolih nampak jin bolih menangkap jin.dimasukan kedalam botol .
    sudah tentu jin amat takut pd ust.x berani masuk ka tempat rwtn islam ust.jk apa yg sy tulis ini betul. sy harap ust ust hafiz yg merawat saperti tersebut diatas.berhenti lah drp melaku kan saperti pekara tersebut diatas.
    cara ust merawat pesakit.ditertawa diejek olih jin hantu syaitan.kerana mereka berjaya memperbodoh bodoh kan ustaz…jika lah pedapat sy x betul. tolong lah beri tahu dimana silap nya.kerna sy x mahu bersubahat
    kesilapan ust sy tegur.jk sy x betul tolong lah betul kan..jk terkasar bahasa tolong maaf kan sy.jk lah bomoh yg buat kesilapan sudah tentu lah ramai yg megutuk….
    tetapi jk ust hafiz buat kesilapan x ada siapa berani komen.sanggup bersubahat…

Leave a comment