SUKMA: Terengganu Raih Pingat Emas Terakhir Sukan Malaysia Ke-14

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) — Berbekalkan semangat yang jitu, skuad bola baling lelaki Terengganu mengatasi Kelantan untuk meraih pingat emas terakhir yang ditawarkan pada temasya Sukan Malaysia ke-14, di sini Ahad.

Pingat emas berkenaan adalah yang ke-30 buat kontinjen Terengganu pada temasya kali ini.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil itu Terengganu menewaskan Kelantan 15-12.

“Saya berbangga dengan kejayaan ini kerana ia telah menyumbang pingat ke-30 dan terakhir untuk negeri Terengganu.

“Saingan sengit menentang Kelantan sememangnya sudah dijangkakan. Walaupun banyak pemain yang cedera, hanya berbekalkan semangat yang kuat sahaja mereka mampu mengatasi lawan,” kata jurulatih Terengganu, Mohd Nasri Abdullah.

Katanya kebanyakan pemain dalam skuad bola baling itu terdiri daripada pelajar Sekolah Sukan Terengganu di Bukit Nenas, Setiu.

Sementara itu, Zul Fadhil Hanafi Muhammad yang menyumbang lima jaringan pada perlawanan tersebut, berkata faktor keletihan dan kecederaan yang dialami rakan-rakanya bukan halangan untuk beraksi baik.

“Kekuatan Terengganu terletak pada kerohanian. Sememangnya kami menjangkakan akan memenangi pertandingan akhir ini,” kata Zul Fadhli, yang mengenali sukan itu sejak berusia 12 tahun.

Selain Zul Fadhli, turut menyumbang lima jaringan buat Terengganu ialah Mohamad Nor Hakemi Zawawi, manakala Mohamad Sharol Edie Md Non dengan tiga jaringan serta Mohd Shafiee Hasan dan Nik Muhamad Shafiq Nasren Ismail, masing -masing dengan satu jaringan.

Terdahulu dalam saingan penentuan pingat gangsa, Melaka terpaksa menempuhi saingan sengit menentang Wilayah Persekutuan sebelum memenanginya 17-11.

Acara bola baling adalah acara baru yang dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a comment