Pulau Redang Tutup Empat Bulan Mulai Pertengahan Oktober

KUALA TERENGGANU, 7 Sept (Bernama) — Segala aktiviti pelancongan ke Pulau Redang, sebuah pulau peranginan yang terindah di negeri ini akan ditutup selama empat bulan mulai pertengahan Oktober ini.

Setiausaha Persatuan Pengurusan & Operator Kepulauan Redang Terengganu Lorenz Law berkata ini berikutan musim tengkujuh di Pantai Timur pada waktu itu.

“Segala aktiviti pelancongan akan ditangguh sementara dan semua chalet dan resort juga akan menggunakan tempoh itu untuk menjalankan pengubahsuaian,” katanya kepada Bernama Rabu.

Lorenz berkata kesemua 16 resort di Pulau Redang akan menyambung semula operasi mereka selepas 1 Mac 2012.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Permandangan, Pelancongan & Rekreasi. Bookmark the permalink.

Leave a comment