Buruh maki polis trafik kena tahan

KUALA TERENGGANU (Berita Harian): Seorang buruh yang mengeluarkan kata-kata kesat ‘polis bodoh’ ketika ditahan dalam operasi mencegah samseng jalanan di bandar raya ini awal pagi semalam, ditahan polis.

Pemuda berusia 20 tahun dari Kampung Pengadang Baru itu didakwa bersikap kurang ajar terhadap anggota polis yang menahan dan memeriksa Perodua Kancil dinaikinya bersama empat lagi rakan di simpang tiga Pengadang Baru, di sini, kira-kira jam 2.30 pagi selepas didapati mencurigakan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata anggota operasi diketuai Pegawai Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kuala Terengganu, Inspektor Zainal Abidin Ismail itu kemudian mengarahkan semua di dalam kenderaan itu keluar, tetapi pemandunya bertindak kurang ajar dan menengking anggota trafik.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Jenayah & Mahkamah, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

1 Response to Buruh maki polis trafik kena tahan

Leave a comment